Pertandingan Saringan NADI E-Sukan MLBB dan Kelas Kesedaran E-Sukan
21 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2026, telah berlangsung Pertandingan Saringan NADI E-Sukan MLBB bersama Kelas Kesedaran e-sukan sebagai platform mencungkil bakat pemain muda serta meningkatkan pemahaman komuniti mengenai amalan e-sukan yang sihat dan selamat. Sebanyak empat kumpulan bertandingan dan juara bagi peringkat saringan ini akan mewakili NADI Kota Pekan di peringkat negeri. Program seperti ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada golongan belia dan remaja setempat, di mana peserta berpeluang bersaing secara sihat dalam pertandingan MLBB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: