Kempen Internet Selamat di Program Red Code Cybersecurity UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau
17 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Jun 2026, telah berlangsung reruai Kempen Internet Selamat di Program Red Code Cybersecurity UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau. Reruai ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai cara penggunaan internet secara selamat, ancaman siber dan langkah-langkah melindungi maklumat peribadi ketika berada dalam talian. Turut dijalankan pelbagai aktiviti menarik bagi menguji kefahaman pengunjung mengenai Kempen Internet Selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: