Kempen Internet Selamat di Program MADANI Kita, Linggi
13 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2026, telah berlangsung Program MADANI Kita di Linggi. Booth Kempen Internet Selamat turut dijalankan di program ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan beretika. Melalui kempen ini, peserta didedahkan dengan langkah-langkah melindungi maklumat peribadi, mengenali ancaman siber seperti penipuan dalam talian dan scam serta mengamalkan penggunaan media digital secara bertanggungjawab. Pelbagai aktiviti interaktif turut dijalankan di booth Kempen Internet Selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: