Program Advokasi dan Jangkauan Komuniti Orang Asli @ Kg Pabai Miku

25 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2025, staff NADI dari Kluster Rembau dan Kluster Pilah telah menerima jemputan dari pihak MCMC untuk bersama-sama menyertai program Advokasi dan Jangkauan Komuniti Orang Asli di Kg Pabai Miku. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah taklimat Kempen Internet Selamat dari pihak MCMC Negeri Sembilan, pameran booth Kempen Internet Selamat, dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh staff NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali