Kelas MAHIR Sepanjang Hayat
1 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniKursus Mahir merupakan kursus secara atas talian yang dijalankan di NADI untuk memperkasakan pengetahuan komuniti dengan asas pembelajaran dalam lima topik yang disediakan seperti Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Fotografi, Mahir Pertanian Pintar dan Mahir Gadjet. Untuk kelas Mahir Jahit pada bulan Mei, peserta diajar untuk memotong kain pesak dan kain susun seterusnya cara untuk meletakkan basi pada pola baju kurung pesak. Peserta juga dapat belajar cara Menyusun pola pada fabrik bercorak, fabrik bati atau sutera dan pada fabrik bidang 60”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: