Pertandingan Saringan Mobile Legend Peringkat NADI Kota Pekan
2 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 01 Mac 2025, telah berlangsung pertandingan saringan Mobile Legend peringkat NADI. Sebanyak 6 kumpulan telah bertanding untuk mewakili NADI Kota Pekan ke peringkat seterusnya. Pertandingan Mobile Legend ini telah memasuki musim kedua, dan Kumpulan Kota Hood dari NADI Kota Pekan telah merangkul gelaran naib juara pada musim yang lalu. Pada musim kali ini, sekali lagi Kumpulan Kota Hood telah berjaya untuk mewakili NADI ke peringkat seterusnya. Pertandingan esport Mobile Legend ini bukan sekadar permainan, malah turut diselitkan sekali aktiviti kesedaran buat para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: