Program Pemerkasaan Peluang Kerjaya Melalui AI
27 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 & 26 Januari 2025, telah berlangsung program Pemerkasaan Peluang Kerjaya melalui Artificial Intelligence (AI). Program ini membantu peserta membina haluan kerjaya yang jelas sambil membuka peluang kepada pelbagai jenis pekerjaan yang relevan dengan keperluan industri masa kini. Selain itu, ia turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan komuniti, sekali gus memberikan impak positif kepada pembangunan masyarakat. Peserta juga berpeluang memantapkan kemahiran digital mereka, yang menjadi keperluan utama dalam era teknologi moden. Melalui latihan kerjaya secara langsung yang disediakan, program ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal dan bermanfaat untuk memastikan peserta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: