Booth NADI di JIWA Komuniti MADANI HKHM sempena Sambutan Konvoi KMJG Negeri Sembilan

1 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Julai 2025, NADI Kota Pekan telah menerima jemputan dari Jabatan Penerangan Rembau untuk bersama-sama memeriahkan program JIWA Komuniti MADANI HKHM sempena Sambutan Konvoi KMJG Negeri Sembilan. Pihak NADI bagi kluster Rembau telah mengadakan reruai di program berkenaan untuk berkongsi dan memberi kesedaran mengenai Kempen Internet Selamat dan perkhidmatan yang dijalankan di NADI. Pendaftaran MY Digital ID, kuiz dan pendaftaran ahli NADI jugak turut dijalankan buat pengunjung yang menghadiri booth.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali