Program MMU @ Sekolah Perdana – Kempen Internet Selamat di SMA Sains Kuala Pilah
28 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2025, telah berlangsung program MMU @ Sekolah Perdana yang melibatkan 4 buah sekolah iaitu SMA Sains Kuala Pilah, SMS Tuanku Jaafar, SMK Tunku Besar Burhanuddin dan SMK Tunku Muhammad. Modul Sekolah Menengah (13 – 17 tahun) diperkenalkan, dan melalui modul ini pelajar diberi kefahaman tentang risiko mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka, konsep jejak digital serta kesannya terhadap privasi dan reputasi diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: