Webinar Kesejahteraan Kendiri – Rahsia Umur Panjang
2 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 01 Julai 2025, telah berlangsung webinar kesejahteraan kendiri bertajuk Rahsia Umur Panjang yang boleh ditonton melalui atas talian. Webinar bersama Prof Madya Dr. Tengku Amatullah Madeehah dari USIM ini, membongkar rahsia bagaimana ada warga emas yang kekal sihat, ceria dan aktif walaupun sudah berusia. Selain daripada pemakanan dan senaman, hubungan sosial juga amat penting untuk meningkatkan kesihatan mental dan antara penyebab rahsia umur yang panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: