Kelas Kesedaran eSport-Modul Literasi Digital dan Masa Depan Komuniti
23 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2025, telah berlangsung kelas kesedaran eSport – Modul Literasi Digital dan Masa Depan Komuniti bagi permainan Mobile Legend. Melalui kelas kesedaran ini, peserta bukan sahaja dapat belajar tentang keselamatan digital dan etika siber, tetapi dapat juga membuka mata peserta tentang bagaimana dunia digital termasuklah dunia e-Sport dapat membuka peluang kerjaya yang luas untuk generasi muda.Selain itu, dunia e-Sport juga bukan sekadar hiburan tetapi ia juga mengajar peserta untuk berdisplin, meningkatkan daya tahan mental dan kemahiran bekerja didalam satu pasukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: