Kelas Mahir Pertanian Pintar
2 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniKelas Mahir Pertanian Pintar ini merupakan antara salah satu program pembelajaran yang ditawarkan di NADI untuk semua komuniti setempat secara percuma. Kelas Mahir ini berlangsung pada setiap minggu dalam tempoh 6 bulan. Pertanian pintar merujuk kepada penggunaan dan pengintegrasian teknologi terkini dalam bidang pertanian. Untuk bulan ini peserta diperkenalkan denga sistem aplikasi pengurusan maklumat yang dipasang di peranti komputer atau telefon pintar. Kelas berlangsung selama 1 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: