Taklimat Advokasi SAFE SK SMK Duha
20 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2024, staff NADI Kota Pekan telah dijemput untuk sama-sama memberi taklimat Advokasi SAFE di SMK Duha. Seramai 460 orang pelajar telah menyertai sesi taklimat ini. Antara topik yang dibincangkan semasa sesi taklimat adalah mengenai penggunaan internet dengan selamat, buli siber, penyantunan kanak-kanak dan terlebih kongsi. Tujuan taklimat advokasi SAFE adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kebaikan dan keburukan internet pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: