Pendaftaran My Digital ID di Malbatt Village, Port Dickson
5 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 04 Disember 2024, NADI Kota Pekan telah menerima jemputan dari pihak My Digital ID untuk sama-sama membantu membuat pendaftaran My Digital ID di Malbatt Village, Port Dickson. My Digital ID merupakan pengesahan diri secara digital yang lebih selamat digunakan untuk segala transaksi secara atas talian. Pendaftaran My Digital ID boleh dilakukan sendiri, namun pendaftaran di kaunter kiosk adalah lebih mudah untuk dilakukan. Seramai lebih kurang 1000 orang warga Mallbatt telah mendaftar My Digital ID pada hari tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: