dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kota Pekan, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Kraftangan Dan Kuiz Advokasi

22 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2018, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan Bengkel Kraftangan dan Kuiz Advokasi. Bengkel Kraftangan ini melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah. Kraftangan yang dihasilkan adalah daripada botol plastik, kemudian botol itu akan dijadikan bekas untuk menyemai pokok sayur-sayuran. Peserta dikehendaki menonton tutorial yang ada di dalam youtube dan mencari cara-cara yang betul untuk menyemai pokok dan cara menghasilkan bekas semaian yang menarik.

Peserta perlu meletakkan bekas semaian mereka di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan dan menjaga tanaman mereka. Seterusnya, peserta diberikan kuiz advokasi berkaitan barangan kitar semula dan kepentingan mengitar semula barangan terpakai termasuk program eWaste daripada MCMC. Program bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.