dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kota Pekan, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Website Learning - My 1st Website

20 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mac 2017 yang lepas telah diadakan kelas Website Learning. Kelas Website pada kali ini memberikan peluang kepada peserta untuk mereka (design) website mereka sendiri. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, selama 4 jam bermula dari jam 2 petang. Peserta diberi pengenalan dan contoh-contoh website yang menarik dan berinformasi. Selepas itu, peserta diberi pilihan untuk memilih sendiri tema bagi website mereka.

Memandangkan peserta pada kali ini adalah kanak-kanak lelaki, mereka cenderung kepada permainan video. Oleh itu, kesemua peserta diminta untuk mengumpulkan segala maklumat mengenai permainan video kesukaan mereka dari segi nama, gambar dan juga informasi permainan tersebut untuk diletakkan ke dalam website mereka nanti. Mereka amat teruja dalam pemilihan pelbagai jenis tema, serta penggunaan warna dan jenis tulisan yang mereka tetapkan di dalam website mereka. Aktiviti tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.