dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kota Pekan, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Social Media - Websites

08 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Disember 2017 yang lalu, telah diadakan kelas asas laman sosial iaitu Facebook kepada para peserta. Kelas ini membantu peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai laman sosial. Kelas ini juga memberikan tips kepada para peserta untuk menggunakan laman sosial secara berhemah dan tidak melakukan sebarang perkara yang mampu mencemar maruah dan nama baik keluarga.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan ini dimulakan dengan memperkenalkan laman sosial Facebook dan fungsi-fungsi yang terdapat didalamnya. Peserta yang belum mendaftar akaun Gmail akan dibantu oleh tenaga pengajar sebelum mendaftar akaun laman sosial Facebook. Peserta diajar cara memuat naik gambar dan video, menambah rakan, menulis status dan berkongsi link video yang boleh dimanfaatkan bersama rakan-rakan. Kelas ini berlangsung selama 4 jam dan tamat pada jam 6 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.