dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kota Pekan, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Bubur Lambok Perdana Kota Pekan

03 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Program Bubur Lambok Perdana Kota Pekan diadakan adalah bersempena dengan bulan Ramadhan. Program ini diadakan secara gotong royong dimana ia boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat Kota Pekan. Program ini berlangsung di rumah Setiausaha JKKK Kota Pekan selama 5 jam bermula dari jam 8 pagi. Mereka yang hadir menyertai program ini adalah dari masyarakat setempat. Program ini dilakukan setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan.

Pada awal pagi adalah penyediaan bahan masakan. Kemudian, proses memasak bubur lambok dimulakan. YB Dato’ Awaluddin, Dun Kota telah turun padang untuk bersama merasai pengalaman bergotong-royong ini. Selesai proses memasak, pihak wanita terutamanya ditugaskan untuk membungkus bubur lambok. Pembahagian bubur lambok ini diagihkan kepada masjid-masjid Dun Kota dan rumah anak-anak yatim Kota. Diharapkan bahawa program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum akan pentingnya memberi kepada yang tidak berkemampuan. Program ini tamat pada jam 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.